Tak kenal maka tak cinta

Ini bukan soal cinta. Ini tentang hari2 yang aku jalani selama hampir 2 tahun bekerja. Kerja sebagai apa tu biarlah rahsia. Ecewah rahsia la sangat. Yang tu nanti aku cerita bila dah ready nak rungkai apa sebenarnya yang pernah terjadi tempoh hari. Segan nak cerita sebab aku pilih untuk berhenti cara yang salah. Menyesal? Ada jugak. Tapi aku sememangnya tak mampu nak galas tanggungjawab yang diamanahkan pada aku tu. Boleh jadi aku yang pilih untuk tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab tu. Eh apa2 ajelah ye jauh da terbabas dari tajuk asal ni huhu.

Baiklah kembali kepada tajuk di atas, orang tua2 kata tak kenal maka tak cinta. Berbekalkan kata2 tu, aku yang hari2 kata nak berhenti masa tengah ambil degree tu gagahkan juga kaki untuk sampai ke garisan penamat. Banyak kali aku persoalkan keputusan aku untuk sambung ke bidang yang aku ambil ni. Tiap2 hari macam tu. Bincang dengan ahli keluarga memang tak berjaya la jawabnya. Aku juga sedar dengan keadaan keluarga aku yang sederhana manakan kami mampu untuk membayar balik jumlah scholarship yang aku dah dapat waktu itu. Makanya hidup pun diteruskan.

Seterusnya, fasa persediaan untuk masuk kerja. Pening betul waktu sediakan semua dokumen, daftar itu daftar ini, isi macam2 borang, wajib hadiri kursus PTM (ya aku kerja dengan kerajaan, eh pernah), semua itu aku sediakan nak tak nak sahaja. Sejak zaman degree lagi dah aku tak pernah ambil serius untuk jadikan bidang ini karier aku. Everything was done half-heartedly. Tapi aku masih gagahkan diri mencuba lalui hari2 mendatang.

Tiba hari pertama jejakkan kaki ke tempat kerja, cemas, takut, risau dan semua yang sewaktu dengannya itu menjadi temanku. I was drowned in my thoughts thinking all the negative things that could've happen in the future. Uncertainties. Berat tanggungjawab yang bakal digalas waktu itu namun aku masih cuba bertahan. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Maka aku mulakan hari pertama aku berkerja dengan harapan yang tidak seberapa. I thought maybe with time I could've adjusted myself to give my all to this field. And I failed miserably. I ended up totally hating my job. Walaupun aku boleh lakukan tugasku dengan baik namun aku benar2 tidak mahu bekerja dalam bidang itu. Aku tidak mampu. Walau ramai je yang mampu melepasi susah payah 2-3 tahun permulaan kerja ni, tapi ada segelintir yang gagal termasuk aku.

Benar, tak semua orang mampu laluinya. Dan bagi aku, kerja ini sememangnya bukan untuk aku. Aku jadi semakin terbeban sehingga aku depressed. Tapi tidaklah depressed macam MDD tu. Dan aku benar2 tidak mahu teruskan bekerja dalam bidang tersebut.

Tak kenal maka tak cinta tu tidak kena pada aku. Kalau dah rasa diri tu tak mampu, patut masa mula2 dulu aku tak pilih jalan ni. Tapi setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Maka aku pilih untuk buka lembaran baharu dalam hidup ini. Moga dipermudahkan.

Comments