R&R hidup

Setiap dari kita pasti ada perhentian sementara dalam kehidupan masing2. Rest and recreation atau R&R. Pernahkah anda berada di R&R paling besar dalam hidup anda? R&R yang buatkan anda runsing, bingung memikirkan ke mana hendak dituju. Bimbang andai tersalah arah, boleh jadi binasa hidup. Bahkan, risiko yang perlu diambil juga tidak boleh dilepas pandang. Dan siapa yang akan menyokong keputusan itu? 

Ah, sungguh rumit memikirkan hal ini. Kata akal yang sentiasa bercanggah dengan hati ini tak mampu ditolak. Bukankah lebih baik begitu? Kata orang jangan terlalu ikutkan hati, kelak merana diri. Kalau terlalu ikutkan logik akal juga sama, terlalu stiff kata orang. Aduh, makanya harus bagaimana? Bagaimana harus dikemudi arah hidup ini? Hendakkan begini juga tidak kena, begitu pun sama hendaknya. 

Oh, bila sudah aku rentangkan semua di benak ini di sini, baru aku ketahui apa sebenarnya yang mengganggu sanubari ini. Ada satu sahaja perkara yang susah kau perolehi sejak azali. Keyakinan diri. Lari punya lari dari masalah ini sudahnya kembali menghadapi masalah yang sama. Benarlah kata orang tua, masalah usah dielak, kelak ia akan kembali menghantui. 

Ya, aku seorang yang tidak yakin akan diri sendiri. Dari dulu lagi begitu. Itulah sebabnya aku banyak menyendiri, takut untuk berkawan, takut untuk percaya siapa pun. Berkaca pula mata ini. Puas memikir apa masalah yang sebenarnya. Bukan apa, aku sejenis orang yang sangat berhati2. Takut untuk mengambil risiko. Tidak suka dikhianati siapa pun. Selesa hidup sendiri tanpa siapapun. Tapi itu mustahil, aku tahu. Manusia mana mampu hidup sendiri. 

Pun begitu, permasalah utama kini adalah untuk sambung perjalanan hidup yang sudah berhenti agak lama. Setelah aku benar2 tidak mampu meneruskan langkah waktu itu, aku harus kembali mengatur jejak baharu. Jangan putus asa wahai diri. Ya benar kau gagal bertahan untuk menyambung langkah tapi kau tak boleh terus menerus memikirkan hal itu sahaja. Kau perlu bangkit.

Though it won't be simple, but do not fret, dear self. Just take the risk. Things will be hard for you but you just have to go on. You are not a failure. Well except maybe you failed being 'that person' your family expect you to be. But you know yourself better. Even if all you ever had taken away from you, you can start over. Take it slowly but surely you will reclaim yourself eventually. 

Comments